I just let my fingers whisper when I have nothing to say at the certain moments. Whether you like them or not, they will still whisper


Tiny Finger Point Hand With Heart
Sushi Melayu Versi Aku ~
21 April 2014 | 0 Words

mLumuMK.png (203×49)

Hi manusia di sekeliling dunia ! Acehh macam banyak sangat orang yang usha blog aku. Kemain aku ni kan? Awal pagi dah update blog. Act, sekarang susah aku nak update blog sebab sim aku dalam phone. So setiap kali nak update, aku nak kena kopek phone tu ambil sim. Eh kopek ke? Eleh Ayu ni berlagak macam dia sorang je online guna phone sekarang kan?

Okay okay focus. Nampak tak tajuk entri aku? Ha teruja tak? Teruja tak? Okay nampak sangat aku yang terover excited. Sebab pagi ni aku tak ada hal yang penting, *haha macam pernah je ada hal penting* so aku nak cerita macam mana terhasilnya sushi Melayu iaitu sushi mempelam @ mangga 100% daripada otak aku yang geliga dan boleh buat batu cincin ni. Haha lol

Semalam ma Kiah dah awal awal gitau pagi ni dia nak buat pulut untuk breakfast tapi malangnya aku tak berapa suka pulut pulut ni. Cepat loya bila aku telan. Eleh demand gilerr Ayu ni. And petang semalam abah At beli mempelam. Aku tak tau nama dia, yang aku tau bau dia wangi, warna dia cantik dan rasa dia memang sedap sesangat lah. Aku kan hantu buah, suka sangat lah benda benda macam tu. Eh hantu buah? Apa tu? Hantu yang makan buah ke atau hantu yang diperbuat daripada buah? Tapi kan tapi tapi tapi aku ni kononnya diet tapi pepagi lagi aku dah makan pulut yang gilerr punya mainstream ni. Ops terjujur pula. Haha



Aku paling suka frozen fruit, maka oleh sebab itulah aku letakkan mempelam tu dalam fridge semalaman. Haha ayat aku, power. Then bangun tadi aku tengok buah tu dah beku dan keras. Punyalah seronok aku hentak dekat meja. Bunyi best je. Haha jangan tiru perangai aku tau? So nak tau tak macam mana buat sushi Melayu tu? Eleh bajet chef popular je perasaan orang nak resepi daripada aku bagai. Tapi tak apa sebab aku memang suka usha blog aku sendiri kan?


Kau just perlukan 2 benda ni je untuk kau buat sushi Melayu ni. First, mempelam. Kau kau tak suka mempelam, kau ganti jela dengan buah yang kau suka. Err sayur tak sure boleh ke tak sebab aku tak pernah buat dan tak suka sayur. Mempelam yang aku guna ni frozen so kalau nak try, kau masukkan je dalam fridge semalaman. Tapi jangan kopek kulit dia dulu sebab nanti jadi tak fresh dan lembik. Kalau kau tak nak buat sushi, kau makan je mentah macam tu. Rasa dia aku berani jamin memang best tahap kupu kupu gaban lah. Macam jelly and sometimes kau akan rasa macam makan icecream. Alah makanan fav aku tu.

Second, pulut. Pulut yang aku guna ni pulut lemak. Pulut ni dia masak macam pulut biasa je tapi bila dah masak, masukkan dalam bekas dengan sedikit santan dan kau tekan bagi padat dalam bekas tu then biarkan jap. Pulut ni rasa dia tak banyak beza dengan pulut biasa, cuma lebih lembap dan berlemak kot. Tapi kalau sushi yang selalu kau makan tu aku rasa dia tak guna pulut kot. Tah aku tak tahu sebab aku tak makan benda yang half cooked or raw ni. 


Then, kau spread kan pulut memenuhi benda yang kau guna untuk roll sushi tu. Aku tak ada benda buluh yang orang guna tu so aku guna plastik je. Ikut suka kau lah nak tebal ke nipis. Tapi jangan terlalu nipis, nanti rabak bila kau roll. 


Kemudian selepas itu, kau susun buah yang kau potong secara memanjang tu atas pulut tu. Potong macam ni senang nak susun dan gulung. Alah potong avocado dengan carrot dalam sushi tu. Tapi jarakkan tau sikit pulut dengan hujung tu. Maksudnya kau letakkan buah tu ke tengah SEDIKIT. Sikit je tau? Jangan letak betul betul punya tengah tau? Bukan boleh percaya sangat kau ni. Dah susun semua tu, kau roll lah. Tunggu apa lagi kan?


Kau pandai tak nak roll? Aku nak kata pandai sangat pun tak tapi boleh lah sebab aku suka tengok orang buat sushi walaupun aku tak suka makan. Nak senang, kau ambil hujung plastik yang ada buah tu then angkat pelan pelan dan buat macam nak gulung tu tapi jangan gulung sekali dengan plastik. Lepas dah dia melekat, kau terukan gulung sampai hujung sampai jadi macam ni. Macam aku buat ni tak kemas sangat sebab aku tak tekan, aku takut buah tu nanti hancur sebab dia lembik. Tapi kalau kau buat, bagi lah kemas daripada ni.


Kemas dah habis roll tu, kau potong lah. Tak kan nak makan besar macam tu kan? Tapi nak potong, make sure pisau tu basah, kalau tak rabak macam ni ha. Sebab kering, dia melekat kat pisau lepas tu rabak. Eii mencik. Tapi ni first try so normal lah kalau tak berapa nak jadi kan? Haha ayat cover

Lepas dah siap semua, hidang dalam pinggan dan makanlah. Tapi jangan gelojoh, kang aku pula jadi suspek utama kalau kau tercekik. Okay tu je untuk entri ni, Selamat mencuba resepi daripada chef yang baru nak up ni. Haha cehh. Okay Assalamualaikum


• Twitter:  
• Instagram: 


» Thank for spending your time reading this «